September 9, 2009

Trip to Medan - Day 1

Lapangan Terbang Polonia menyambut ketibaan kami..

Makan tengahari di Grand Kowloon International Restaurant




Ikan dlm aquarium di restoran ni unik tau... cuba tengok betul2.. takde ekor kan...

check-in kat hotel ni...


Ni pula ikan dlm aquarium di hotel ni....Cantik ikan ni..



The room...


Bangunan Asean International Hotel

Makan malam kat Restoran Mikado

To be continued.....

June 16, 2009

TAMAN BUAYA TUARAN, SABAH

Ola...

Kawan-kawan yang dekat... kawan-kawan yang jauh... yang berpeluang datang ke Sabah, especially ke Tuaran... jangan lepaskan peluang berkunjung ke Taman Buaya Tuaran yer...
Gambar-gambar di bawah nie tak la banyak sangat... boleh la sekadar cuci-cuci mata... kalu nak lebih... datang la sendiri... baru puas ati... kan..kan...kan........
Tengok tu... Mr. Croco welcomes uols....

pelbagai species buaya ada kat sini.. tapi x sempat nak snappy2 semua...
again... mcm yg i tulis kat atas tu... nak tengok yang ori??.. jom la datang tengok sendiri....heheheee..




Dalam taman ni..
penghuninya bukan semua emak bapak buaya dengan sepupu sepapatnya tau....
tak caya???? mari tengok...
kan da cakap.... burung unta ni pun berstatus PR kat sini...


yang ni juga...

ini pun.... eeee gelinya....

Burung merak ni pun da buat banglo.. tengok la kawasan dan pagar rumahnya tu....

yang ni... dinding rumah tak siap lagi ni....

begini la gelagat ikan2 kat sini bila dibagi makan... x tau beratur langsung!!! :))


Pls.... release me let me go......:'(

hewan ni baru diberi makan.... tengok tu..sedapnya tidur... zzzzzzzzzzzz

aikkkk... dah abis????
mcm x puas jer kan.... heheheee... ujung minggu ni dtg la bkunjung ke cni yer.... mana la tau hewan2 tu semua da besar panjang dan beranak pinak... sbb gmbar2 kat atas tu saya snap 6 bulan yg lepas.. huahuahua.....
Daaaaa......

KUNDASANG WAR MEMORIAL (2)

Gambar-gambar dan fakta menarik yang dipamerkan di Kundasang War Memorial..







Itu jer.....

April 7, 2009

KUNDASANG WAR MEMORIAL

Gambar-gambar di bawah ni adalah kesinambungan dari entry yang lepas.
Lepas makan tengahari di Mount Kinabalu Heritage Resort & SPA, singgah la sekejap di Kundasang War Memorial garden ni... almaklum la sudah bertahun tidak menjejak kaki... memang banyak dah perubahan...

Sedikit kisah tentang memorial park ni...

Semasa perang dunia kedua, tawanan perang tentera Australia seramai lebih dari 1800 orang dan tentera British seramai 750 orang telah dipenjara oleh tentera Jepun dan dipaksa membina landasan kapalterbang tentera Jepun. Tentera Jepun bertindak kejam terhadap tawanan perang ini sehingga angka kematian meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944.

Penduduk tempatan pada masa itu, sangat prihatin dan berusaha sedaya upaya membantu tahanan perang sehingga ada yang tidak menghiraukan ancaman bunuh pihak tentera Jepun. Menjelang tahun 1945, seramai 1066 tawanan telah dipindahkan daripada Kem Tahanan Sandakan ke Kem Tahanan Ranau secara berturut dalam perjalanan maut (Death March) sejauh 265km. Lebih 1000 tawanan perang meninggal dunia dalam perjalanan maut tersebut. Daripada keseluruhan jumlah tawanan perang itu, cuma 6 orang sahaja yang berjaya melepaskan diri dan balik ke pangkuan keluarga dan mendedahkan tragedi perjalanan maut tersebut...

The entrance
watch your step...
tertarik sangat dengan pokok ni...
Nak tau apa ada dalam pondok tu??? Nanti saya upload gambar-gambarnya yer....
Ramai juga pengunjung yang datang masa tu..
















Puisi yang ditulis oleh Nelson Short, salah seorang daripada survivors dalam Perjalanan Maut (Death March)

Pekan Kundasang





Nak tau lebih lanjut tempat-tempat menarik di Kundasang??? Klik kat sini...