Showing posts with label Kundasang War Memorial. Show all posts
Showing posts with label Kundasang War Memorial. Show all posts

June 16, 2009

KUNDASANG WAR MEMORIAL (2)

Gambar-gambar dan fakta menarik yang dipamerkan di Kundasang War Memorial..







Itu jer.....

April 7, 2009

KUNDASANG WAR MEMORIAL

Gambar-gambar di bawah ni adalah kesinambungan dari entry yang lepas.
Lepas makan tengahari di Mount Kinabalu Heritage Resort & SPA, singgah la sekejap di Kundasang War Memorial garden ni... almaklum la sudah bertahun tidak menjejak kaki... memang banyak dah perubahan...

Sedikit kisah tentang memorial park ni...

Semasa perang dunia kedua, tawanan perang tentera Australia seramai lebih dari 1800 orang dan tentera British seramai 750 orang telah dipenjara oleh tentera Jepun dan dipaksa membina landasan kapalterbang tentera Jepun. Tentera Jepun bertindak kejam terhadap tawanan perang ini sehingga angka kematian meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944.

Penduduk tempatan pada masa itu, sangat prihatin dan berusaha sedaya upaya membantu tahanan perang sehingga ada yang tidak menghiraukan ancaman bunuh pihak tentera Jepun. Menjelang tahun 1945, seramai 1066 tawanan telah dipindahkan daripada Kem Tahanan Sandakan ke Kem Tahanan Ranau secara berturut dalam perjalanan maut (Death March) sejauh 265km. Lebih 1000 tawanan perang meninggal dunia dalam perjalanan maut tersebut. Daripada keseluruhan jumlah tawanan perang itu, cuma 6 orang sahaja yang berjaya melepaskan diri dan balik ke pangkuan keluarga dan mendedahkan tragedi perjalanan maut tersebut...

The entrance
watch your step...
tertarik sangat dengan pokok ni...
Nak tau apa ada dalam pondok tu??? Nanti saya upload gambar-gambarnya yer....
Ramai juga pengunjung yang datang masa tu..
















Puisi yang ditulis oleh Nelson Short, salah seorang daripada survivors dalam Perjalanan Maut (Death March)

Pekan Kundasang





Nak tau lebih lanjut tempat-tempat menarik di Kundasang??? Klik kat sini...