Gambar-gambar di bawah ni adalah kesinambungan dari entry yang lepas.
Semasa perang dunia kedua, tawanan perang tentera Australia seramai lebih dari 1800 orang dan tentera British seramai 750 orang telah dipenjara oleh tentera Jepun dan dipaksa membina landasan kapalterbang tentera Jepun. Tentera Jepun bertindak kejam terhadap tawanan perang ini sehingga angka kematian meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944.
Penduduk tempatan pada masa itu, sangat prihatin dan berusaha sedaya upaya membantu tahanan perang sehingga ada yang tidak menghiraukan ancaman bunuh pihak tentera Jepun. Menjelang tahun 1945, seramai 1066 tawanan telah dipindahkan daripada Kem Tahanan Sandakan ke Kem Tahanan Ranau secara berturut dalam perjalanan maut (Death March) sejauh 265km. Lebih 1000 tawanan perang meninggal dunia dalam perjalanan maut tersebut. Daripada keseluruhan jumlah tawanan perang itu, cuma 6 orang sahaja yang berjaya melepaskan diri dan balik ke pangkuan keluarga dan mendedahkan tragedi perjalanan maut tersebut...


