Gambar-gambar dan fakta menarik yang dipamerkan di Kundasang War Memorial..
June 16, 2009
April 7, 2009
KUNDASANG WAR MEMORIAL
Gambar-gambar di bawah ni adalah kesinambungan dari entry yang lepas.
Semasa perang dunia kedua, tawanan perang tentera Australia seramai lebih dari 1800 orang dan tentera British seramai 750 orang telah dipenjara oleh tentera Jepun dan dipaksa membina landasan kapalterbang tentera Jepun. Tentera Jepun bertindak kejam terhadap tawanan perang ini sehingga angka kematian meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944.
Penduduk tempatan pada masa itu, sangat prihatin dan berusaha sedaya upaya membantu tahanan perang sehingga ada yang tidak menghiraukan ancaman bunuh pihak tentera Jepun. Menjelang tahun 1945, seramai 1066 tawanan telah dipindahkan daripada Kem Tahanan Sandakan ke Kem Tahanan Ranau secara berturut dalam perjalanan maut (Death March) sejauh 265km. Lebih 1000 tawanan perang meninggal dunia dalam perjalanan maut tersebut. Daripada keseluruhan jumlah tawanan perang itu, cuma 6 orang sahaja yang berjaya melepaskan diri dan balik ke pangkuan keluarga dan mendedahkan tragedi perjalanan maut tersebut...
March 23, 2009
MKH Resort & SPA
Ini nak share gambar-gambar di salah satu tempat kat Sabah ni yang merupakan salah satu destinasi para pelancong tak kira dalam ataupun luar negeri...
Mount Kinabalu Heritage Resort and SPA ni dulunya dipanggil Hotel Perkasa dan ianya terletak di pekan Kundasang, Sabah. So, for those yang gemarkan udara yang bersih, segar dan nyaman serta jauh daripada bunyi bising segala macam enjin, tempat ni memang sesuai sangat-sangat.









Saya sebenarnya saja-saja nak upload gambar-gambar yang x seberapa ni.. kebetulan hari tu saya balik kampung, singgah makan tengahari kat sini... udara kat kawasan ni memang menyegarkan dan menenangkan...
Gambar-gambar kat bawah ni adalah salah sebuah resort yang sering menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung yang gemarkan ketenangan dan kedamaian...
Mount Kinabalu Heritage Resort and SPA ni dulunya dipanggil Hotel Perkasa dan ianya terletak di pekan Kundasang, Sabah. So, for those yang gemarkan udara yang bersih, segar dan nyaman serta jauh daripada bunyi bising segala macam enjin, tempat ni memang sesuai sangat-sangat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
